Kelas Ms. Office Word
6 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 05 July 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan kelas Microsoft office secara individu menggunakan Microsoft Word. Peserta merupakan pelajar dari Kolej terkemuka di Sarawak. Objektif kelas pada kali ini adalah untuk melatih peserta untuk menggunakan Ms. Word secara berterusan bagi menghasilkan tugasan individu yang diberikan oleh pensyarah. Di awal kelas, peserta telah didedahkan dengan kempen kesedaran Klik dengan Bijak iaitu buli siber. Peserta dibawa untuk menonton klip pendek berkaitan tajuk. Dalam masa sama, penyelia berkongsi tips dan hak individu dalam mengatasi masalah tersebut.
Seterusnya, peserta diajar cara untuk memuat turun soalan tugasan melalui google classroom dan memindahkan soalan tersebut ke dalam Ms. Word. Pada masa sama, peserta mencari rujukan dan contoh gambar di dalam internet menggunakan carian google. Setelah memperolehi maklumat yang diperlukan, peserta mula memindahkan maklumat tersebut ke dalam tugasan yang diminta. Di akhir kelas, peserta diajar untuk memperkemaskan tugasan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pensyarah.
Berikut merupakan kebaikan menghadiri aktiviti/latihan:
• Peserta dapat meningkatkan pengetahuan berkaitan pembelajaran dalam talian menggunakan Google Classroom.
• Peserta dapat mengulangkaji cara mengoperasikan google untuk mencari rujukan dan fungsi Ms. Word untuk menghasilkan tugasan yang diminta.
• Peserta melatih kemahiran pengoperasian Ms. Word secara berterusan.
• Peserta sentiasa peka dengan etika, hak dan tanggungjawab mereka semasa menggunakan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: